Monday 21 March 2011

Powerpoint Berkesan.

Assalamualaikum semua, hari ini, saya akan menunjukkan satu contoh Powerpoint Presentation, dan saya akan menunjukkan kelebihan dan kesilapan powerpoint ini. Dan pada waktu yang sama, saya akan bercakap sedikit mengenai powerpoint yang berkesan.

Pertama, Permulaan.
Ini ialah slide pertama Presentation itu. Untuk pengetahuan anda, presentation ini telah digunakan dalam Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah. Jadi, presentation ini patut bersifat professional dan komersial. Perkara pertama yang menjadi kesilapan Slide ini ialah, logo "Grand Art Network" yang kurang jelas kerana tidak sepadan dengan latar belakang yang berwarna coklat. Anda mesti ingat, lazimnya, pembentangan SlideShow akan menggunakan mesin Projector yang mengurangkan contrast gambar, lalu memburukkan lagi keadaan. Pastikan apa yang ingin anda tunjukkan jelas kelihatan. Seeloknya, untuk pembentangan menggunakan projector, gunakan background yang gelap dan teks yang cerah, dengan itu, teks itu akan kelihatan 'bercahaya'. Selain daripada itu, slide pertama atau permulaan perlulah cukup menarik untuk menarik perhatian penonton. Sebagai contoh, gunakan gambar yang pelik seperti ini;
 Gambar seperti ini sangat berguna  terutamanya apabila anda membentang di hadapan beratus-ratus murid. Video juga boleh digunakan. Perasankah anda tentang penceramah-penceramah yang datang menceramah? Selalunya, pada awal ceramah, mereka menayang beberapa video yang kadang-kadang tidak ada kena mengena langsung dengan tajuk ceramah mereka. Kenapa mereka lakukannya? Untuk menarik perhatian. Baiklah, slide seterusnya, isi kandungan;
Ini ialah slide yang ketiga dan keempat. Slide ketiga mempunyai sedikit kesilapan, teksnya terlalu kecil. Jangan ambil mudah dengan saiz teks. Dalam Powerpoint, saiz teks itu penting, kerana presentation ini akan dilihat dari 50 kaki, dan untuk memastikan Powerpoint anda berkesan, anda perlu memastikan mereka yang berasa 50 kaki di belakang dapat membaca presentation anda.
    Kesilapan Powepoint utama pelajar ialah powerpoint yang mempunyai terlalu banyak teks. Powerpoint tidak direka untuk teks yang banyak, ia direka untuk menjadi alat pembantu persembahan anda. Anda yang mempersembahkan, bukan Powerpoint. Jika anda perlu menerangkan perkara yang kompleks dan memerlukan banyak teks, taipkannya kedalam flyer dan edarkan kepada penonton. Jangan gunakan PowerPoint. Jika tidak, teks anda akan menjadi terlalu kecil dan sukar untuk dibaca. Kalau boleh, jangan lebih daripada 4 baris ayat. Dan setiap ayat, jangan lebih daripada 5 perkataan. Aggaplah powerpoint sebagai "background" anda. Bukan anda background powerpoint.
Slide seterusnya memperbaiki kesilapan slide sebelum ini, walaubagaimanapun, teks tersebut boleh dibuat lebih besar. Lihat ruang antara teks dengan gambar, ruangan itu tidak digunakan. Ini suatu pembaziran. Ia bukanlah satu kesilapan yang besar, namun ia tidak menggunakan potensi yang ada.
   Selain daripada itu, slide ini ada menggunakan gambar. Seeloknya, setiap 2 slide anda perlu ada gambar, walaupun sedikit. Gambar lebih mudah untuk difahami dan diingati berbanding teks. Oleh itu, pastikan anda letakkan satu-dua gambar dalam slide anda untuk 'mencuci' mata penonton dari huruf-huruf yang menyakitkan mata. Dan gambar anda seeloknya tidak terlalu 'kosong' dan tidak terlalu menarik. Jika gambar anda terlalu menarik perhatian, penonton akan terlupa akan anda. Dalam slide ini, gambar yang disertakan mungkin terlalu membosankan.
   Perkara terakhir sekali yang saya tidak dapat tunjukkan ialah tentang animasi. Saya percaya, ramai pelajar-pelajar muda di luar sangat mahir dalam bidang ini. Namun dalam Powerpoint, animasi jangan terlalu gempak. Keberkesanan suatu Powerpoint itu bukan pada animasi. Malahan animasi boleh memburukkan lagi keadaan. Powerpoint yang saya tunjukkan ini mempunyai 45 slide. Dan ia dibentangkan dalam masa 10 minit. Ini bermakna, satu minit 4.5 slide. Dan satu slide 10 saat. Kesemua animasi dalam powerpoint ini disetkan pada kelajuan "fast" atau "very fast". Kalau terlalu banyak animasi, masa tidak cukup, sedangkan apa yang perlu diterangkan bukanlah animasi tersebut. Animasi digunakan untuk menarik perhatian. Dan dalam slide ini animasi yang digunakan adalah simple dan mudah seperti "ascend" dan "descent". Animasi yang terlalu banyak akan mengganggu perhatian penonton. Begitu juga dengan gambar yang tidak berhenti. Ia akan mengganggu perhatian penonton. Cuba elakkan perkara itu.
   Itulah kesilapan-kesilapan utama pembetangan powerpoint, berikut merupakan keseluruhan powerpoint tersebut.

 

Grand Art Network

Saturday 12 March 2011

4 Langkah mengatasi stage fright

Pelajar yang tidak menggeletar langsung di atas pentas adalah pelajar yang mabuk atau telah pengsan.

Rakan rakan sekelian, punca utama pelajar kecundang di atas pentas ialah stage fright, suatu perasaan yang menyebabkan anda hilang kawalan dan menggeletar. Tetapi jangan putus asa, terdapat pelbagai perkara yang anda boleh lakukan untuk mengatasinya. Disini, saya senaraikan 4 Langkah ringkas yang dapat membantu anda.

1. Jangan menganggap stage fright sesuatu yang perlu dibimbangkan.

       Apabila kamu menganggap stage fright sebagai sesuatu yang perlu dibimbangkan, anda akan menganggap stage fright itu sebagai suatu ancaman. Akibatnya, badan anda akan memulakan satu lagi reaksi fight or flight yang kemudiannya menyebabkan anda menjadi lebih gementar dan panik. Dan jika anda terus bimbang, keadaan ini akan menjadi lebih buruk. Cuba jangan hiraukan perasaan gementar anda. Percayalah, setiap manusia yang normal akan mengalami stage fright. Dan ianya perkara yang normal yang membawa makna ada seorang pelajar biasa yang sihat.

2. Bercakap dan sesuaikan diri.
       Mula bercakap dan cuba untuk menyesuaikan diri anda dengan penonton. Mulakan dengan salam. Dan kemudian, perkenalkan topik anda. Jika boleh, bercakaplah dengan nada yang santai. Ini akan membuatkan anda lebih selesa dengan penonton dan penonton akan rasa lebih selesa dengan anda.

3. Bergerak.
       Lakukan pergerakan tangan dan kaki. Cuba berjalan sedikit jika anda boleh. Berjalan dan menggerakkan tangan akan mengurangkan tekanan anda dan jika anda bergerak dengan betul, anda akan kelihatan lebih relax dan berkeyakinan dari pandangan penonton. Ingat, 'percakapan hanyalah 20% daripada komunikasi'. Namun begitu, berhati-hatilah dengan pergerakan anda. Jangan sampai terlalu ketara sehingga mengganggu penonton.

4. Fokus pada topik.
       Dalam pembentangan, antara perkara yang paling membimbangkan ialah sekiranya anda lupa apa yang anda patut katakan. 'Blank' secara tiba-tiba di atas pentas akan menunjukkan kelemahan anda, mengurangkan kredibiliti anda dan akhirnya, merosakkan pembentangan anda. Oleh itu, pastikan ada tahu apa yang akan anda katakan. Gunakan kad topik jika perlu, dan pada setiap masa, pastikan anda tahu apa yang akan anda katakan.

Thursday 3 March 2011

Apa itu stage fright?


        Stage fright merupakan suatu keadaan gementar apabila diperhatikan di atas pentas oleh ramai pihak. Walaupun ramai yang menghadapi masalah ini, tidak ramai yang memahami sebab sebenar perkara ini. Jantung berdegup kencang, berpeluh, kesukaran untuk bernafas dan kesukaran untuk berfikir adalah simptom-simptom stage fright yang biasa. Mengapakah berlakunya simptom-simptom ini dan apakah kaitannya dengan pembentangan?
Stage fright sebenarnya adalah reaksi physiology normal seorang manusia. Apabila seseorang itu diancam, atau terasa diancam, otak akan memulakan satu reaksi yang digelar 'flight or fight reaction'. Dahulu kala, sebelum zaman batu lagi, terdapat pelbagai ancaman terhadap manusia, contohnya haiwan buas. Apabila manusia berasa terancam, badan akan mula mengesuaikan diri untuk lari atau berlawan. Jantung akan mengepam dengan lebih laju untuk membekalkan oksigen yang lebih. Begitu juga dengan pernafasan yang lebih laju untuk membekalkan lebih oksigen.Darah akan disalurkan lebih kearah kaki, menyebabkan kurangnya darah dikepala, menyebabkan pening dan sukar untuk berfikir. Jika manusia tersebut lebih cenderung untuk melarikan diri daripada berlawan, darah di tangan juga akan disalurkan ke kaki, menyebabkan tangan menjadi sejuk. Pengaliran darah yang lebih ke kaki memudahkannya untuk melarikan diri. Badan mula mengeluarkan peluh akibat suhu badan yang meningkat akibat aktiviti-aktiviti ini. Reaksi ini adalah sebahagian daripada mekanisma pertahanan diri seorang manusia. Sehingga ke hari ini, reaksi 'flight and fight' masih kekal dalam seorang manusia normal dan tetap akan bertidak balas terhadap 'ancaman', seperti mana yang berlaku dalam ketika stage fright.