Saturday, 12 March 2011

4 Langkah mengatasi stage fright

Pelajar yang tidak menggeletar langsung di atas pentas adalah pelajar yang mabuk atau telah pengsan.

Rakan rakan sekelian, punca utama pelajar kecundang di atas pentas ialah stage fright, suatu perasaan yang menyebabkan anda hilang kawalan dan menggeletar. Tetapi jangan putus asa, terdapat pelbagai perkara yang anda boleh lakukan untuk mengatasinya. Disini, saya senaraikan 4 Langkah ringkas yang dapat membantu anda.

1. Jangan menganggap stage fright sesuatu yang perlu dibimbangkan.

       Apabila kamu menganggap stage fright sebagai sesuatu yang perlu dibimbangkan, anda akan menganggap stage fright itu sebagai suatu ancaman. Akibatnya, badan anda akan memulakan satu lagi reaksi fight or flight yang kemudiannya menyebabkan anda menjadi lebih gementar dan panik. Dan jika anda terus bimbang, keadaan ini akan menjadi lebih buruk. Cuba jangan hiraukan perasaan gementar anda. Percayalah, setiap manusia yang normal akan mengalami stage fright. Dan ianya perkara yang normal yang membawa makna ada seorang pelajar biasa yang sihat.

2. Bercakap dan sesuaikan diri.
       Mula bercakap dan cuba untuk menyesuaikan diri anda dengan penonton. Mulakan dengan salam. Dan kemudian, perkenalkan topik anda. Jika boleh, bercakaplah dengan nada yang santai. Ini akan membuatkan anda lebih selesa dengan penonton dan penonton akan rasa lebih selesa dengan anda.

3. Bergerak.
       Lakukan pergerakan tangan dan kaki. Cuba berjalan sedikit jika anda boleh. Berjalan dan menggerakkan tangan akan mengurangkan tekanan anda dan jika anda bergerak dengan betul, anda akan kelihatan lebih relax dan berkeyakinan dari pandangan penonton. Ingat, 'percakapan hanyalah 20% daripada komunikasi'. Namun begitu, berhati-hatilah dengan pergerakan anda. Jangan sampai terlalu ketara sehingga mengganggu penonton.

4. Fokus pada topik.
       Dalam pembentangan, antara perkara yang paling membimbangkan ialah sekiranya anda lupa apa yang anda patut katakan. 'Blank' secara tiba-tiba di atas pentas akan menunjukkan kelemahan anda, mengurangkan kredibiliti anda dan akhirnya, merosakkan pembentangan anda. Oleh itu, pastikan ada tahu apa yang akan anda katakan. Gunakan kad topik jika perlu, dan pada setiap masa, pastikan anda tahu apa yang akan anda katakan.

No comments:

Post a Comment