Monday 21 March 2011

Powerpoint Berkesan.

Assalamualaikum semua, hari ini, saya akan menunjukkan satu contoh Powerpoint Presentation, dan saya akan menunjukkan kelebihan dan kesilapan powerpoint ini. Dan pada waktu yang sama, saya akan bercakap sedikit mengenai powerpoint yang berkesan.

Pertama, Permulaan.
Ini ialah slide pertama Presentation itu. Untuk pengetahuan anda, presentation ini telah digunakan dalam Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah. Jadi, presentation ini patut bersifat professional dan komersial. Perkara pertama yang menjadi kesilapan Slide ini ialah, logo "Grand Art Network" yang kurang jelas kerana tidak sepadan dengan latar belakang yang berwarna coklat. Anda mesti ingat, lazimnya, pembentangan SlideShow akan menggunakan mesin Projector yang mengurangkan contrast gambar, lalu memburukkan lagi keadaan. Pastikan apa yang ingin anda tunjukkan jelas kelihatan. Seeloknya, untuk pembentangan menggunakan projector, gunakan background yang gelap dan teks yang cerah, dengan itu, teks itu akan kelihatan 'bercahaya'. Selain daripada itu, slide pertama atau permulaan perlulah cukup menarik untuk menarik perhatian penonton. Sebagai contoh, gunakan gambar yang pelik seperti ini;
 Gambar seperti ini sangat berguna  terutamanya apabila anda membentang di hadapan beratus-ratus murid. Video juga boleh digunakan. Perasankah anda tentang penceramah-penceramah yang datang menceramah? Selalunya, pada awal ceramah, mereka menayang beberapa video yang kadang-kadang tidak ada kena mengena langsung dengan tajuk ceramah mereka. Kenapa mereka lakukannya? Untuk menarik perhatian. Baiklah, slide seterusnya, isi kandungan;
Ini ialah slide yang ketiga dan keempat. Slide ketiga mempunyai sedikit kesilapan, teksnya terlalu kecil. Jangan ambil mudah dengan saiz teks. Dalam Powerpoint, saiz teks itu penting, kerana presentation ini akan dilihat dari 50 kaki, dan untuk memastikan Powerpoint anda berkesan, anda perlu memastikan mereka yang berasa 50 kaki di belakang dapat membaca presentation anda.
    Kesilapan Powepoint utama pelajar ialah powerpoint yang mempunyai terlalu banyak teks. Powerpoint tidak direka untuk teks yang banyak, ia direka untuk menjadi alat pembantu persembahan anda. Anda yang mempersembahkan, bukan Powerpoint. Jika anda perlu menerangkan perkara yang kompleks dan memerlukan banyak teks, taipkannya kedalam flyer dan edarkan kepada penonton. Jangan gunakan PowerPoint. Jika tidak, teks anda akan menjadi terlalu kecil dan sukar untuk dibaca. Kalau boleh, jangan lebih daripada 4 baris ayat. Dan setiap ayat, jangan lebih daripada 5 perkataan. Aggaplah powerpoint sebagai "background" anda. Bukan anda background powerpoint.
Slide seterusnya memperbaiki kesilapan slide sebelum ini, walaubagaimanapun, teks tersebut boleh dibuat lebih besar. Lihat ruang antara teks dengan gambar, ruangan itu tidak digunakan. Ini suatu pembaziran. Ia bukanlah satu kesilapan yang besar, namun ia tidak menggunakan potensi yang ada.
   Selain daripada itu, slide ini ada menggunakan gambar. Seeloknya, setiap 2 slide anda perlu ada gambar, walaupun sedikit. Gambar lebih mudah untuk difahami dan diingati berbanding teks. Oleh itu, pastikan anda letakkan satu-dua gambar dalam slide anda untuk 'mencuci' mata penonton dari huruf-huruf yang menyakitkan mata. Dan gambar anda seeloknya tidak terlalu 'kosong' dan tidak terlalu menarik. Jika gambar anda terlalu menarik perhatian, penonton akan terlupa akan anda. Dalam slide ini, gambar yang disertakan mungkin terlalu membosankan.
   Perkara terakhir sekali yang saya tidak dapat tunjukkan ialah tentang animasi. Saya percaya, ramai pelajar-pelajar muda di luar sangat mahir dalam bidang ini. Namun dalam Powerpoint, animasi jangan terlalu gempak. Keberkesanan suatu Powerpoint itu bukan pada animasi. Malahan animasi boleh memburukkan lagi keadaan. Powerpoint yang saya tunjukkan ini mempunyai 45 slide. Dan ia dibentangkan dalam masa 10 minit. Ini bermakna, satu minit 4.5 slide. Dan satu slide 10 saat. Kesemua animasi dalam powerpoint ini disetkan pada kelajuan "fast" atau "very fast". Kalau terlalu banyak animasi, masa tidak cukup, sedangkan apa yang perlu diterangkan bukanlah animasi tersebut. Animasi digunakan untuk menarik perhatian. Dan dalam slide ini animasi yang digunakan adalah simple dan mudah seperti "ascend" dan "descent". Animasi yang terlalu banyak akan mengganggu perhatian penonton. Begitu juga dengan gambar yang tidak berhenti. Ia akan mengganggu perhatian penonton. Cuba elakkan perkara itu.
   Itulah kesilapan-kesilapan utama pembetangan powerpoint, berikut merupakan keseluruhan powerpoint tersebut.

 

Grand Art Network

Saturday 12 March 2011

4 Langkah mengatasi stage fright

Pelajar yang tidak menggeletar langsung di atas pentas adalah pelajar yang mabuk atau telah pengsan.

Rakan rakan sekelian, punca utama pelajar kecundang di atas pentas ialah stage fright, suatu perasaan yang menyebabkan anda hilang kawalan dan menggeletar. Tetapi jangan putus asa, terdapat pelbagai perkara yang anda boleh lakukan untuk mengatasinya. Disini, saya senaraikan 4 Langkah ringkas yang dapat membantu anda.

1. Jangan menganggap stage fright sesuatu yang perlu dibimbangkan.

       Apabila kamu menganggap stage fright sebagai sesuatu yang perlu dibimbangkan, anda akan menganggap stage fright itu sebagai suatu ancaman. Akibatnya, badan anda akan memulakan satu lagi reaksi fight or flight yang kemudiannya menyebabkan anda menjadi lebih gementar dan panik. Dan jika anda terus bimbang, keadaan ini akan menjadi lebih buruk. Cuba jangan hiraukan perasaan gementar anda. Percayalah, setiap manusia yang normal akan mengalami stage fright. Dan ianya perkara yang normal yang membawa makna ada seorang pelajar biasa yang sihat.

2. Bercakap dan sesuaikan diri.
       Mula bercakap dan cuba untuk menyesuaikan diri anda dengan penonton. Mulakan dengan salam. Dan kemudian, perkenalkan topik anda. Jika boleh, bercakaplah dengan nada yang santai. Ini akan membuatkan anda lebih selesa dengan penonton dan penonton akan rasa lebih selesa dengan anda.

3. Bergerak.
       Lakukan pergerakan tangan dan kaki. Cuba berjalan sedikit jika anda boleh. Berjalan dan menggerakkan tangan akan mengurangkan tekanan anda dan jika anda bergerak dengan betul, anda akan kelihatan lebih relax dan berkeyakinan dari pandangan penonton. Ingat, 'percakapan hanyalah 20% daripada komunikasi'. Namun begitu, berhati-hatilah dengan pergerakan anda. Jangan sampai terlalu ketara sehingga mengganggu penonton.

4. Fokus pada topik.
       Dalam pembentangan, antara perkara yang paling membimbangkan ialah sekiranya anda lupa apa yang anda patut katakan. 'Blank' secara tiba-tiba di atas pentas akan menunjukkan kelemahan anda, mengurangkan kredibiliti anda dan akhirnya, merosakkan pembentangan anda. Oleh itu, pastikan ada tahu apa yang akan anda katakan. Gunakan kad topik jika perlu, dan pada setiap masa, pastikan anda tahu apa yang akan anda katakan.

Thursday 3 March 2011

Apa itu stage fright?


        Stage fright merupakan suatu keadaan gementar apabila diperhatikan di atas pentas oleh ramai pihak. Walaupun ramai yang menghadapi masalah ini, tidak ramai yang memahami sebab sebenar perkara ini. Jantung berdegup kencang, berpeluh, kesukaran untuk bernafas dan kesukaran untuk berfikir adalah simptom-simptom stage fright yang biasa. Mengapakah berlakunya simptom-simptom ini dan apakah kaitannya dengan pembentangan?
Stage fright sebenarnya adalah reaksi physiology normal seorang manusia. Apabila seseorang itu diancam, atau terasa diancam, otak akan memulakan satu reaksi yang digelar 'flight or fight reaction'. Dahulu kala, sebelum zaman batu lagi, terdapat pelbagai ancaman terhadap manusia, contohnya haiwan buas. Apabila manusia berasa terancam, badan akan mula mengesuaikan diri untuk lari atau berlawan. Jantung akan mengepam dengan lebih laju untuk membekalkan oksigen yang lebih. Begitu juga dengan pernafasan yang lebih laju untuk membekalkan lebih oksigen.Darah akan disalurkan lebih kearah kaki, menyebabkan kurangnya darah dikepala, menyebabkan pening dan sukar untuk berfikir. Jika manusia tersebut lebih cenderung untuk melarikan diri daripada berlawan, darah di tangan juga akan disalurkan ke kaki, menyebabkan tangan menjadi sejuk. Pengaliran darah yang lebih ke kaki memudahkannya untuk melarikan diri. Badan mula mengeluarkan peluh akibat suhu badan yang meningkat akibat aktiviti-aktiviti ini. Reaksi ini adalah sebahagian daripada mekanisma pertahanan diri seorang manusia. Sehingga ke hari ini, reaksi 'flight and fight' masih kekal dalam seorang manusia normal dan tetap akan bertidak balas terhadap 'ancaman', seperti mana yang berlaku dalam ketika stage fright.

Thursday 24 February 2011

Mindset Pembentang Cemerlang

"Baiklah pelajar, esok saya nak setiap kumpulan buat pembentangan tentang topik yang telah saya berikan. Saya mahu tiap-tiap pelajar ambil bahagian dalam aktiviti ini, kerana saya akan menilai dan merekod prestasi kamu semua untuk laporan sivik kamu. Faham semua?"

     Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda merupakan salah seorang pelajar dalam kelas tersebut? Mengeluh, menjerit, menangis atau tidak berbuat apa-apa? Hakikatnya, pembentangan merupakan satu aktiviti yang digeruni kebanyakan pelajar. Jika kita perhatikan dengan teliti, walaupun kebanyakan pelajar berasa gerun dengan aktiviti ini, ada sebilangan yang kelihatan tenang. Dan jelasnya, ketika pembentangan, merekalah golongan yang menarik perhatian 'juri-juri'. Bagaimana mereka mampu untuk terus berdiri di atas pentas? Jawapannya, mereka ada mindset yang betul. Apa yang dimaksudkan dengan mindset yang betul adalah mereka mempunyai pandangan yang betul mengenai pembentangan. Apa yang mereka fikirkan?

1. "Pembentangan ialah suatu bentuk komunikasi satu hala yang mana satu pihak (pembentang) memberi maklumat kepada kepada pihak yang lain (penonton)".
2. "Maklumat yang saya akan berikan ialah maklumat yang telah saya ketahui dari suatu sumber. Tugas saya adalah untuk menyampaikan maklumat tersebut".
3. "Penonton berhak untuk mempunyai pandangan yang berbeza mengenai maklumat yang saya berikan".
4. "Kesilapan adalah perkara yang normal" .

Pelajar biasa pula mungkin berpendapat bahawa.

1. "Saya tidak tahu nak buat apa-apa".
2. "Saya akan menggeletar dan gugup".
3. "Mereka SEMUA akan pandang saya".
4. "Saya hanya akan memalukan diri sendiri".

     Disini, kita dapat lihat perbezaan perspektif antara pelajar 'luar biasa' dan pelajar luar biasa. Pertama sekali ialah, pelajar biasa tidak tahu apa itu pembentangan dan tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan. Itulah kesilapan pelajar yang pertama, tidak mempunyai objektif. Pelajar 'luar biasa' pula, mengetahui dengan jelas objektif pembentangan dan apa yang mereka perlu lakukan. Mereka perlu memberikan maklumat. Itulah pembentangan. Sebaliknya, perkara pertama yang akan difikirkan oleh pelajar biasa ialah "saya akan menggeletar dan gugup". Jadi apa yang akan pelajar ini lakukan di hadapan pelajar-pelajar? Menggeletar dan gugup. Pelajar yang bagus akan menetapkan objektif yang jelas, "Tugas saya adalah untuk menyampaikan maklumat".
     Kemudian, apa lagi yang difikirkan oleh pelajar yang lemah? "Mereka SEMUA akan pandang saya". Pada pendapat saya, jika pelajar itu terus menggeletar dan gugup, penonton akan kebosanan dan tidur, tidak lagi memandang pelajar tersebut. Pelajar yang bagus pula memikirkan bahawa penonton berhak untuk menginterpritasi maklumat yang diberikan. Bezanya di sini adalah, pelajar tersebut tidak memikirkan pandangan penonton terhadap dirinya, tetapi dia memikirkan tentang pandangan penonton terhadap maklumat. Fokusnya adalah pada maklumat, bukan pada diri sendiri. Malahan, pelajar ini juga berpendapat penonton berhak untuk memikirkan apa yang mereka mahu. Dia tidak ambil kisah tentang apa yang penonton fikirkan, apa yang ingin dilakukannya ialah untuk mencapai objektifnya, "Menyampaikan maklumat".
     Pelajar luar biasa juga mempunyai suatu pandangan yang agak aneh iaitu "Kesilapan adalah perkara yang normal". Pelajar luar biasa akan berpendapat bahawa kesilapan, kegagalan adalah lumrah kehidupan dan merupakan perkara yang normal. Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan? Pelajar luar biasa menerima kegagalan dan bangun semula memperbaiki kesilapannya. Sebaliknya, pelajar yang lemah terus berfikiran sempit dan negatif dengan mengatakan dirinya hanya akan memalukan diri sendiri. Pelajar itu akan terus mundur jika dia tidak menukar mindset dirinya dan berhenti menangisi kesilapannya yang lalu.
     Mindset-minset inilah yang membezakan mereka yang dilihat sebagai 'berbakat' dengan mereka yang lain. Dengan mempunyai perspektif yang berbeza , mereka yang berbakat ini mampu untuk kekal tenang dan berlagak normal dan pada waktu yang sama, mampu untuk memberikan persembahan yang lancar. Pelajar-pelajar yang lain pula terus mengeletar dan gugup, kemudiannya berpaling kepada pelajar yang berbakat, meminta bantuan, kerana apa? Kerana mereka kekal dengan mindset yang lama, bukan kerana penampilan mereka, wang ringgit ataupun kedudukan.

Sunday 7 February 2010

Bagaimana untuk membentang dengan berkesan

Dalam pembentangan, ada tiga masa yang penting,
  1. Sebelum
  2. Semasa
  3. Selepas
Yang selepas tu boleh dilupa. Yang sebelum dan semasa tu, sangat penting, jadi jangan abaikan.

Sebelum
Pastikan syarat-syarat/situasi pembentangan. 
-Korang kenalah cari ciri-ciri yang dikehendaki dalam pembentangan tu. Kalau tak tak bergunalah. Antara maklumat yang penting adalah:
  1. Tema pembentangan.
    • Tema ni maksudnya, suasana pembentangan. Contohnya, kalau pembentangan pertandingan perdagangan tu, kenalah bertindak professional, sebab itulah yang dikehendaki pengadil.
  2.  Jangkamasa pembentangan.
    •  Jangkamasa pembentangan ini pun sangat penting. Contohnya, pembentangan pertandingan perdagangan tu, rupanya 10 minit bukan 20 minit. Jadi, kenalah di ringkaskanlagi pembentangan tu. Tapi hati-hati ye, kalau panjang sangat, korang ambil risiko menyebabkan penonton bosan jika pembentangan anda tidak cukup fresh atau meyakinkan. Kalau pendek sangat, takut maklumat yang nak disampaikan tak sampai.
  3. Siapa yang nak bentangkan.
    •  Yang ini pun penting, siapa yang membentang. Takkan kamu sorang aje. Seelok-eloknya lebih separuh ahli membentang. Ini akan memberikan impressi yang baik kepada juri. Juri akan berpendapat yang ahli-ahli lain juga berkebolehan. Yang seterusnya memperlihatkan yang pasukan itu berkebolehan.
  4. Yang lain-lain.
    • Yang lain-lain ini pun penting. Pendek kata, semuanya pentinglah. Apa yang dimaksudkan dengan lain-lain ini adalah apa yang lain-lain. Contohnya, ada pakai projector atau tidak, ada pakai microfon atau tidak dan sebagainya, pentasnya besar atau tidak. Oh ya!
  5. Tempat membentang dan teknikal.
Cari apa yang nak dibentangkan. 
-Selepas korang dapat tau situasi pementangan tu, korang kenalah mula mencari maklumat yang nak dibentangkan. Maklumat ini bergantung kepada syarat-syarat pertandingan yang tadi lah. Seeloknya, maklumat yang korang cari, lebih ”berisi” dan kurang ”anginnya”. Maksudnya, padat. Dan pastikan maklumat korang benar.

Bersedia untuk membentang.
  • Persediaan pembentangan ini sangat penting. Dan sekali lagi saya kata ’Senang kata, semuanya penting’. Seeloknya, korang reherse sama-sama sekurang-kurangnya dua kali. Dua kali itu pun sebenarnya tak cukup bergantung kapada pengalaman korang. Masa sangat penting. Sebab tulah korang kena rehearse.Yang tak perlu bersedia untuk membentang ialah mereka yang sangat bernasib baik sehingga tak perlu bersedia kerana, mereka dah lama tau macam mana nak membentang. Tips: Kalau korang pakai powerpoint, ada kebolehan untuk ’rehearseTiming’ supaya korang boleh pastikan timing korang betul.
  • Pembuatan powerpoint. Pengediaan powerpoint ini sangat penting sampai boleh buat buku hanya berdasarkan tajuk ini. Apapun, ini adalah antara beberapa tips yang berguna:
    • Tak perlu power sangat. Kebanyakan pelajar beranggapan yang powerpoint yang hebat menunjukkan kebolehan mereka lantas beranggapan yang markah akan bertambah. Ini ulasan saya, powerpoint yang terlalu advance, akan menyusahkan pembentangan, dan menyukarkan pembentang untuk menarik perhatian penonton, dan juga berisiko untuk bermasalah.
    • Jadi, keep it simple. Tapi jangan simple sangat. Ini effect yang say paling gemari :fade, faded zoom, ascend, descend. Saya selalunya letak speed “very fast”. Supaya lancer.
    • Background sound, pastikan bertepatan dan PERLAHAN. Jangan bising sangat. Nanti ia akan mengganggu persembahan.
    • Jangan gunakan banyak sangat masa dalam membuat powerpoint. Ia tidak berbaloi.
    • Sebenarnya, hebatnya pembentangan itu tidak bergantung kepada powerpoint, tetapi dengan pembentang. Yang pasal pembentang itu nanti kita ceritakan.
    • Teks, dalam powerpoint, jangan detail. Seeloknya, tak lebih daripada tiga baris. Yang bahagian detail-detail, banyak sangat teks, letak dalam kertas flier dan edarkan kepada penonton.
    • Pastikan tulisan jelas. Projektor ada contrast yang lemah, bermaksud, korang kena pastikan teks jelas.
    • Gunakan ”Slide Master”. Apa itu ”slide master” korang kena cari sendiri.
    • Jangan pakai hyperlink atau menu. Ia tidak berguna untuk pembentangan.
    • Pastikan, ia bergerak tanpa interaksi daripada penonton. Maksudnya, sama ada ia bergerak secara automatik, atau ia digerakkan oleh rakan yang bertugas di laptop.
    • Pastikan ia berfungsi. Convert awal-awal. Jangan jadi macam pasukan cun punye yang tak bersiap sedia mengenai ini.

Yang itu, sebelum pembentangan. Seeloknya, seminggu sebelum pembentangan. Minimum, sehari setengah sebelum pembentangan.

Seterusnya...
SEMASA Pembentangan.
Semasa pembentangan pun ada bahagiannya jugak, Pembukaan, Pembentangan dan Penutup. Kesemuanya penting. Tapi sebelum itu, kita kena persediakan pembentang dengan persediaan-persediaan metal dan fizikal. Bahagian yang inilah yang diceritakan oleh artikel sepanjang 4700 patah perkataan itu.

Persediaan Pembentang untuk Pembukaan, Pembentangan dan Penutup.

Fizikal.
  • Pakaian.
    • Pakaian mestilah elok mata memandang. Elok mata memandang bermaksud senang dipandang. Jangan menjolok mata, susah penonton nak tengok pembentangan kalau dah buta. Jangan terlalu menarik, nanti penonton asyik tengok baju aje.
  • Kesihatan.
    • Sihat tubuh badan itu satu kemestian. Walaupun ada kes-kes tertentu yang mana sebelum membentang demam, selepas membentang, terus sihat, tetapi, jika anda demam, ia pasti akan mengganggu konsentrasi anda.
  • Tubuh badan.
    • Maksudnya di sini ialah, penampilan semula jadi itu sebenarnya ada sedikit penting. Kalau anda gemuk dan sedang membentang mengenai produk pengurus badan, macam mana penonton nak percaya?
  • Ketinggian.
    • Tinggi melambangkan keyakinan. Kalau tak tinggi, sekurang-kurangnya nampak tinggi. Ahli-ahli lain cuba rendahkan.
  • Suara.
    • Suara itu fizikal? Saya kira fizikal jugak lah. Suara mesti ada. Jangan bisu. Kalau anda ada suara ibarat penyampai radio, itu sangat bagus. Seperti pembentangan kumpulan dari sekolah XXX (di kursus pembubaran syarikat). Dua pembentang membentang sekaligus menyebabkan pembentangan mereka ibarat iklan radio yang sangat menyakinkan. Effect timing diorang memang brilliant. Kalau anda seorang perempuan dan mempunyai suara seorang perempuan lagi bagus. Kajian menyatakan bahawa suara perempuan lebih cepat ’ditangkap’ berbanding suara lelaki. Kalau kamu tahu menyanyi lagi bagus. Gunakan suara nyanyian kamu. Dan pastikan suara kamu lantang dan jelas.

Mental.
    Persediaan mental ini susah sikit nak diterangkan sebab minda manusia terlalu subjektif. Namun begitu persediaan mental sebenarnya merupakan aspek yang paling penting dalam pembentangan. Saya ada cerita dengan agak detail persediaan mental dalam artikel saya yang 4700 patah perkataan itu.
    Tetapi, disebabkan saya rasa saya patut ringkaskan sedikit dalam artikel hari ini, saya akan ringkaskan. Pertama, pembentang mestilah tau apa yang hendak dibentangkan. Kalau tidak dia akan membentangkan cara-cara hendak menangkap ular dalam konvensyen pembuat kereta yang tak ada kaitan dengan ular. Pembentang juga mesti ingat apa yang akan dikeluarkan dalam slide. Kalau nak senang, seeloknya buat skrip sewaktu pembentangan. Tetapi, kalau nak bagus, jangan pakai skrip sewaktu pembentangan. Yang lagi bagus boleh terjadi jika pembentang hanya ingat isi-isi penting sahaja. Seeloknya, pembentang tulis atas kad-kad yang diletakkan di tapak tangan. Pastikan pembentang boleh tukar kad itu dengan senang andaikata isi yang lain ada kat atas kad yang lain. Dan seeloknya, jangan buat penonton perasan yang kamu ada kad.
    Kedua, jangan takut. Sebenarnya, satu-satunya perkara yang nak ditakuti dalam pembentangan adalah jika anda menjadi takut untuk gemuruh. Hah, yang ini soalan yang banyak orang ajukan ”Macam mana nak tak takut sewaktu pembentangan”. Jawapannya ialah, anda akan tetap takut. Tetapi ada beberapa cara untuk tidak gemuruh/takut (saya anggap itu perkara biasa). Pertama dan yang paling penting, ketahuilah yang gemuruh itu adalah reaksi normal yang ada dalam diri setiap manusia. Bila kita membentang, kita memang akan gemuruh. Dan itu adalah perkara biasa yang tidak perlu dibimbangkan. Kedua, ketahuilah tiada apa yang perlu ditakuti kecuali tuhan. Adakah penonton itu akan bangun dan datang membunuh anda? Adakah penonton ada pistol yang diajukan kepada anda? Adakah kamu akan mati jika kamu melakukan kesalahan di atas pentas? Jadi, tiada apa yang perlu ditakuti. Ketiga, anggap mereka sebagai manusia. Penonton yang ada dibawah itu adalah manusia juga. Tiada antara mereka yang ada tangan lebih. Keempat dan yang paling penting, Yakin. Anda tidak perlu untuk yakin akan diri sendiri, cuma yakin akan apa yang anda mahu bentangkan. Tetapi yakin pada diri sendiri pun elok jugak. Contoh: Anda membentangkan bahawa 2+3 bersamaan 5. Jadi, katakanlah bahawa apa yang anda bentangkan itu betul. Tiada apa yang hendak ditakuti. 2+3 memang =5. Dan jika penonton mengatakan yang 2+3=4 maka anda tahu yang bukan anda yang salah, tetapi penonton yang salah. Tiada apa yang hendak ditakuti. Sebenarnya, masalah anxiety atau dalam BMnye gemuruh atau gelisah adalah terlalu luas sehingga bolah buat buku. Saya ada baca lebih 5 ebook hanya berkenaan tajuk ini. Jadi, seeloknya, korang sendiri yang pergi cari buku itu.

Baiklah, kita ke tajuk yang seterusnya, Pembukaan, Pembentangan dan Penutup. Tetapi sebelum itu, kita kena ada sedikit briefing tentang teknik-teknik pembentangan yang common dalam pembukaan, pembentangan dan penutup.

Peringatan dalam Pembukaan, Pembentangan dan Penutup.

Bahagian ini pun ada diceritakan dengan agak mendalam dalam artikel 4700 patah perkataan saya. Tapi, atas dasar rumusan, berikut merupakan hukum-hukum asas pembentangan:
  • Jangan buat penonton bosan.
    • Seperti biasa, jangan buat penonton bosan. Juba buat lawak sikit. Tapi sikit jangan banyak sangat.
  • Jangan keluar topik.
  • Sentiasa pastikan penonton mengambil perhatian.
  • Pembentangan yang ringkas dan padat adalah pembentangan yang baik.
  • Pertindak professional.
  • Cuba buat sesuatu kelainan.
  • Antonasi itu penting.
  • Bahasa badan memainkan 70% dalam komunikasi. Jadi, gerakkan badan dan tangan. Secara professional. Berjalan-jalan dekeliling penonton, dan pastikan penonton memandang kamu.
  • Pastikan ada pertentangan mata. Cuba lihat sekeliling dewan. (memandangkan mereka ada ramai) 60% tentangan mata itu sesuai.
  • Jika ada masalah, bagitau penonton dengan jujur dan minta maaf secara professional.

Hah, itulah dia. Ringkas. Namapun ringkasan.

Baiklah, ini dia tajuk yang ditunggu-tunggu dari dua mukasurat lepas...
PEMBUKAAN.
Pembukaan sesuatu pembentangan agak penting. Jadikannya formal dan jangan lupa salam. Salam pembukaan. Cuba selitkan pantun. Cuba buat kelainan, seperti, mula-mula sekali pantun, baru salam. Cuba pakai perkataan salam yang baru sepert ”Salam 1 Malaysia”. Suara meyakinkan. Pastikan pembukaan menarik perhatian. Kalau tidak, tidak bergunalah pembentangan itu. Cuba dekatkan diri dengan penonton. Ceritakan sedikit tentang diri sendiri seperti ”Saya hanyalah manusia biasa seperti kamu juga yang hanya mahu menyampaikan idea baru”. Buat penonton rasa macam kamu kawan mereka. Jangan berlagak sombong. Atau sombong bodoh. Mak saya selalu kata yang saya sombong pandai. Saya tak tahulah kalau itu menjadi kesalahan.

PEMBENTANGAN
Yang paling penting di sini adalah untuk memastikan penonton tidak bosan. Jadi, pastikan kamu mempunyai kekuatan yang cukup untuk memastikan penonton terus berjaga. Tolong jangan lama sangat. Nanti bosan. Makin lama pembentangan, makin susah untuk membentang. Jangan putus asa. Teruskan perjuangan. Tarik perhatian penonton. Gunakan teknik komunikasi berhenti sekejap-sekejap yang berkesan. Antonasi itu penting.

PENUTUP.
Secara perlahan-lahan, turunkan aura kamu. Jangan berhenti mengejut. Bertindak professional . Minta maaf jika kamu ada buat salah. Pakai pantun kalau boleh. Jangan bersyair pulak. Saya tak pernah dengar orang buat macam tu. Akhirinya dengan salam.

KESIMPULANNYA
Kesimpulannya, teks sepanjang 6 muka surat ini adalah kesimpulan mengenai teknik pembentangan. Ada banyak lagi teknik-teknik lain seperti menyelitkan hypnosis dan sebagainya. Jadi apa yang kamu perlu buat ialah, pergi cari buku mengenai ini dan bacanya. Itu sahaja untuk kali ini. Sekian.

Sunday 27 September 2009

Komunikasi dalam pembentangan

Baiklah! Mula-mula, kita akan berkenalan dengan perkataan pembentangan. Apa itu pembentangan. Pembentangan adalah suatu bentuk komunikasi satu hala bertujuannnya untuk menyampaikan maklumat.

“Pembentangan adalah suatu bentuk komunikasi satu hala bertujuan untuk menyampaikan maklumat.”

Kalau maklumat itu berjaya disampaikan dengan berkesan, maksudnya pembentangan itu berkesan. Jadi fokus utama dalam pembentangan ialah menyampaikan maklumat tersebut. Ada faham!? Ya tuan! Komunikasi satu hala pula bermaksud, kita yang menyampaikan maklumat bukan yang menerima maklumat. Walaupun, dalam pembentangan yang hebat giler, komunikasi yang berlaku bukanlah setakat satu hala.
Komunikasi pula ada bab nya. Ini aliran prosesnya.
  1. Penghantar mempunyai data.
  2. Penghantar enkod data
  3. Data yang telah dienkod dipanggi mesej.
  4. Mesej dihantar oleh penghantar.
  5. Mesej diterima oleh penghantar.
  6. Mesej di-dekod menjadi data oleh penerima.
  7. Penerima mempunyai data.

     Tengok kompleks tak? Ya! Itu kerana saya saja bagi kompleks. Seperti yang dapat dilihat dalam komunikasi, kerjanya ialah menghantar data. Yang menghantar data namanya penghantar. Dan dalam kes kita iaitu pembentangan, penghantar itu ialah pembentang. Yang menerima data pula ialah penerima. Dan dalam kes kita penerima itu ialah penonton. Komunikasi ini berjaya jika data yang diterima oleh penerima sebijik dengan data yang cuba dihantar oleh penghantar. Tapi, untuk menghantar data itu, data itu perlu ditukarkan (enkod) kedalam bentuk mesej. Dia tak boleh terus hantar data itu sebab otak diorang tak bercantum. Kalau bercantum mungkinlah. Mesej itu adalah stimulus yang boleh diterima oleh panca indera. Ya! Contohnya, kentut mengelarkan bau iaitu stimulus kepada hidung yang memberi data bahawa ada yang dah kentut. Oklah saya bagi contoh lain, main kentut tak elok pulak kan. Perkataan “saya berumur tiga tahun” merupakan suatu gelombang udara yang boleh dikesan oleh telinga. Tapi telinga tak faham apa itu. Teliga tahu, itu hanyalah gelombang udara. Dia pun hantar mesej gelombang itu kepada otak. Dan kemudian otak itu akan menukarkan gelombang itu kepada ayat dan kemudian ia akan mentafsir (dekod) ayat itu.
    Jadi apa yang kita faham? Penghantar ada data kemudian enkod data itu dalam bentuk mesej yang kemudian diambil oleh pancaindera penerima yang kemudian dekod mesej itu kembali kepada data. Itu kesimpulannya. Kan senang kalau saya tulis tu awal-awal tadi.
    Dari sudut pandangan kita iaitu pembentang, kita nak data itu sampai. Tapi, dalam komunikasi ini, kita hanya lakukan dua kerja sahaja. Enkod mesej dan hantar mesej. Tugas penonton pula ialah terima mesej dan dekod mesej. Saya ulang TERIMA mesej, bukannya AMBIL mesej. Siapa yang nak komunikasi ini berkesan? pembentang atau penerima. Pembentang bukan. Jadi:
  • Pembentang perlu MEMBUATKAN penonton NAK buat kerjanya dalam berkomunikasi iaitu terima mesej dan dekod mesej.
  • Pembentang perlu MEMUDAHKAN penonton MENERIMA dan DEKOD mesej.

Itu sahaja? Eh, tak. Pembentang yang baik juga perlu memastikan yang data yang diterima oleh penonton itu diingati. Dan pembentang mungkin mahu penonton memberi reaksi terhadap mesej itu. Jadi ada lagi yang perlu dibuat.
  • Pembentang perlu MEMUDAHKAN dan MEMBUATKAN penonton NAK INGAT data itu.
  • Pembentang perlu MEMBUATKAN penonton REACT terhadap data itu.

    Hah, senang aje, itu empat perkara yang perlu dilakukan oleh seorang pembentang. Yang masalahnya, anaknya. Anaknya ramai. Dan satu lagi perkara, pembentang perlu melakukan kesemuanya dengan enkod dan hantar mesej. Sebab itulah kerja pembentang dalam kitaran komunikasi. Kenapa? Susah? Susah kalau kamu fikir susah. Senang kalau kamu fikir senang. Takpe, saya tulis artikel ini pun untuk memudahkan yang susah. Baiklah, mula-mula kita list down balik apa yang perlu dilakukan oleh seorang pembentang.
  1. Pembentang perlu membuatkan penonton nak buat kerjanya dalam berkomunikasi.
  2. Pembentang perlu memudahkan penonton menerima dan dekod mesej.
  3. Pembentang perlu memudahkan dan membuatkan penonton nak ingat data itu.
  4. Pembentang perlu membuatkan penonton bertindak balas dengan data itu.

1. Pembentang perlu membuatkan penonton nak buat kerjanya dalam
berkomunikasi.

Jadi, bagaimana kita nak buat penonton nak buat kerjanya? Kamu tak jawab? Macam mana kamu nak jawab? Oklah, saya akan bagi idea. Kalau penonton tu suka kat kita, mungkin dia akan lebih cenderung untuk berkomunikasi. Kalau pembentangan tu menarik, pasti penonton nak bekerjasama. Kalau komunikasi itu senang, penonton pasti lebih cenderung untuk berkomunikasi. Jika penonton perlu tau apa yang dibentangkan, mestilah dia nak bekerjasama. Kalau penonton bosan, dia pasti tidak mahu bekerjasama dalam komunikasi ini. Jadi:
  • Buat penonton suka pada kamu.
  • Buat pembentangan jadi menarik.
  • Mudahkan komunikasi itu.
  • Buat penonton sedar yang diorang perlu tahu pasal pembentangan itu.
  • Jangan biarkan penonton bosan.

2. Pembentang perlu memudahkan penonton menerima dan dekod mesej.
    Macam mana nak buat penonton mudah menerima dan dekod mesej? Kita boleh pakai PA sistem supaya penyampaian mesej itu lebih berkesan. Kita patut gunakan bahasa badan. Antonasi itu perlu dijelaskan supaya penonton senang dengar. PA sistem pun kadang-kadang kurang berkualiti. Kita boleh pakai projector atau kertas kajang untuk memudahkan penonton.
    Daripada buat cadangan rambang, mari kita lihat dahulu satu per satu proses. Dan yang macam mana nak memudahkan penonton. Satu, enkod data. Macam mana kita nak tafsirkan data itu dalam mesej yang mudah difahami. Kita boleh guna perkataan yang mudah. Kita boleh gunakan bahasa yang ramai penonton faham. Kalau cakap bahasa jawa dekat orang kelantan, mana boleh. Kita boleh kurangkan detail dalam ayat kita. Supaya senang nak difahami. Bahagian penghantaran mesej itu lebih berkesan jika mesej itu dihantar kepada lebih dari satu deria. Kita pakai bahasa badan, projector dan kertas kajang. Kita buatlah supaya diorang senang difahami. Kita boleh tambahkan kualiti deria itu. Seperti minta penonton ambil perhatian. Dan juga cakap dengan lebih jelas.
  • Pakai PA sistem.
  • Gunakan bahasa badan supaya mesej itu lebih jelas.
  • Tingkatkan Antonasi.
  • Pakai PA sistem yang berkualiti.
  • Pakai kertas kajang atau projector.
  • Pastikan mesej itu senang difahami.
  • Gunakan perkataan yang mudah.
  • Gunakan bahasa yang boleh difahami oleh ramai penonton.
  • Kurangkan detail dalam ayat kita.
  • Gunakan lebih dari satu deria.
  • Kuatkan deria penonton.
  • Minta penonton ambil perhatian.
  • Cakap dengan lebih jelas.

3. Pembentang perlu memudahkan dan membuatkan penonton nak ingat data itu.
    Macam mana nak memudahkan dan membuatkan penonton nak ingat data itu? Satu, untuk membuatkan penonton nak ingat data itu, kita boleh bagitau penonton yang data itu penting. Kita juga boleh buat kurangkan data itu supaya lebih senang dingati. Kita juga boleh tanya balik data itu kepada penonton sebagai mengingat.
  • Bagitau penonton yang data itu penting.
  • Mampatkan data supaya senang diingat.
  • Tanya balik data itu dari penonton.

Dan yang keempat….. fikir sendiri.

Seterusnya, kita senaraikan balik apa yang kita dah fikirkan tadi.
  • Buat penonton suka pada kamu.
  • Buat pembentangan jadi menarik.
  • Mudahkan komunikasi itu.
  • Buat penonton sedar yang diorang perlu tahu pasal pembentangan itu.
  • Jangan biarkan penonton bosan.
  • Pakai PA sistem.
  • Gunakan bahasa badan supaya mesej itu lebih jelas.
  • Tingkatkan Antonasi.
  • Pakai PA sistem yang berkualiti.
  • Pakai kertas kajang atau projector.
  • Pastikan mesej itu senang difahami.
  • Gunakan perkataan yang mudah.
  • Gunakan bahasa yang boleh difahami oleh ramai penonton.
  • Kurangkan detail dalam ayat kita.
  • Gunakan lebih dari satu deria.
  • Kuatkan deria penonton.
  • Minta penonton ambil perhatian.
  • Cakap dengan lebih jelas.
  • Bagitau penonton yang data itu penting.
  • Mampatkan data supaya senang diingat.
  • Tanya balik data itu dari penonton.
Hah amacam ok? Banyak sangat? Tak boleh ingat? Sapa suruh hafal. Saya bukannya nak kamu hafal ini, saya nak kamu tahu macam mana nak cari teknik membentang ini sendiri. Teknik membentang terlalu banyak nak dihafal. Saya tak hafal. Saya jana teknik itu, semasa membentang, on the fly, itulah caranya. Atau cara saya. Apapun, saya tak boleh tulis banyak lagi, esok masuk sekolah balik, saya kena kemas beg dan ……….. faham-faham ajelah. Apa yang saya harap, kamu faham apa yang saya nak bagitau iaitu, teknik membentang tidak semestinya dihafal, tetapi difikirkan. Bagi saya, semua pemikiran ini datang dari beberapa prinsip iaitu:

Pembentangan adalah suatu bentuk komunikasi satu hala bertujuannnya untuk menyampaikan maklumat. Jika maklumat berjaya disampaikan dengan baik, maka itu adalah pembentangan yang baik.
Maklumat disampaikan dengan berkomunikasi.
Komunikasi ada enam aliran:
  1. Penghantar ada data.
  2. Penghantar enkod data menjadi mesej.
  3. Mesej dihantar oleh penghantar.
  4. Mesej diterima oleh penghantar.
  5. Mesej di-dekod menjadi data oleh penerima.
  6. Penerima ada data.
Pembentang perlu MEMBUATKAN penonton NAK buat kerjanya dalam berkomunikasi iaitu terima mesej dan dekod mesej.
Pembentang perlu MEMUDAHKAN penonton MENERIMA dan DEKOD mesej.
Pembentang perlu MEMUDAHKAN dan MEMBUATKAN penonton NAK INGAT data itu.

Hah, yang italic tu, patut dihafal. Atau lebih baik, difahami. Ok? Understand? No? Yes? Good!. Apapun, nanti saya sambung artikel ini. Mungkin lain kali, saya bagi contoh pembentangan dan cara nak plan pembentangan.
Ok! Goodbye! Be brave, Be cool, Be persistent, Be yourself, Be human, Logging off at 8:45 pm ………………… logged off