Thursday 24 February 2011

Mindset Pembentang Cemerlang

"Baiklah pelajar, esok saya nak setiap kumpulan buat pembentangan tentang topik yang telah saya berikan. Saya mahu tiap-tiap pelajar ambil bahagian dalam aktiviti ini, kerana saya akan menilai dan merekod prestasi kamu semua untuk laporan sivik kamu. Faham semua?"

     Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda merupakan salah seorang pelajar dalam kelas tersebut? Mengeluh, menjerit, menangis atau tidak berbuat apa-apa? Hakikatnya, pembentangan merupakan satu aktiviti yang digeruni kebanyakan pelajar. Jika kita perhatikan dengan teliti, walaupun kebanyakan pelajar berasa gerun dengan aktiviti ini, ada sebilangan yang kelihatan tenang. Dan jelasnya, ketika pembentangan, merekalah golongan yang menarik perhatian 'juri-juri'. Bagaimana mereka mampu untuk terus berdiri di atas pentas? Jawapannya, mereka ada mindset yang betul. Apa yang dimaksudkan dengan mindset yang betul adalah mereka mempunyai pandangan yang betul mengenai pembentangan. Apa yang mereka fikirkan?

1. "Pembentangan ialah suatu bentuk komunikasi satu hala yang mana satu pihak (pembentang) memberi maklumat kepada kepada pihak yang lain (penonton)".
2. "Maklumat yang saya akan berikan ialah maklumat yang telah saya ketahui dari suatu sumber. Tugas saya adalah untuk menyampaikan maklumat tersebut".
3. "Penonton berhak untuk mempunyai pandangan yang berbeza mengenai maklumat yang saya berikan".
4. "Kesilapan adalah perkara yang normal" .

Pelajar biasa pula mungkin berpendapat bahawa.

1. "Saya tidak tahu nak buat apa-apa".
2. "Saya akan menggeletar dan gugup".
3. "Mereka SEMUA akan pandang saya".
4. "Saya hanya akan memalukan diri sendiri".

     Disini, kita dapat lihat perbezaan perspektif antara pelajar 'luar biasa' dan pelajar luar biasa. Pertama sekali ialah, pelajar biasa tidak tahu apa itu pembentangan dan tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan. Itulah kesilapan pelajar yang pertama, tidak mempunyai objektif. Pelajar 'luar biasa' pula, mengetahui dengan jelas objektif pembentangan dan apa yang mereka perlu lakukan. Mereka perlu memberikan maklumat. Itulah pembentangan. Sebaliknya, perkara pertama yang akan difikirkan oleh pelajar biasa ialah "saya akan menggeletar dan gugup". Jadi apa yang akan pelajar ini lakukan di hadapan pelajar-pelajar? Menggeletar dan gugup. Pelajar yang bagus akan menetapkan objektif yang jelas, "Tugas saya adalah untuk menyampaikan maklumat".
     Kemudian, apa lagi yang difikirkan oleh pelajar yang lemah? "Mereka SEMUA akan pandang saya". Pada pendapat saya, jika pelajar itu terus menggeletar dan gugup, penonton akan kebosanan dan tidur, tidak lagi memandang pelajar tersebut. Pelajar yang bagus pula memikirkan bahawa penonton berhak untuk menginterpritasi maklumat yang diberikan. Bezanya di sini adalah, pelajar tersebut tidak memikirkan pandangan penonton terhadap dirinya, tetapi dia memikirkan tentang pandangan penonton terhadap maklumat. Fokusnya adalah pada maklumat, bukan pada diri sendiri. Malahan, pelajar ini juga berpendapat penonton berhak untuk memikirkan apa yang mereka mahu. Dia tidak ambil kisah tentang apa yang penonton fikirkan, apa yang ingin dilakukannya ialah untuk mencapai objektifnya, "Menyampaikan maklumat".
     Pelajar luar biasa juga mempunyai suatu pandangan yang agak aneh iaitu "Kesilapan adalah perkara yang normal". Pelajar luar biasa akan berpendapat bahawa kesilapan, kegagalan adalah lumrah kehidupan dan merupakan perkara yang normal. Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan? Pelajar luar biasa menerima kegagalan dan bangun semula memperbaiki kesilapannya. Sebaliknya, pelajar yang lemah terus berfikiran sempit dan negatif dengan mengatakan dirinya hanya akan memalukan diri sendiri. Pelajar itu akan terus mundur jika dia tidak menukar mindset dirinya dan berhenti menangisi kesilapannya yang lalu.
     Mindset-minset inilah yang membezakan mereka yang dilihat sebagai 'berbakat' dengan mereka yang lain. Dengan mempunyai perspektif yang berbeza , mereka yang berbakat ini mampu untuk kekal tenang dan berlagak normal dan pada waktu yang sama, mampu untuk memberikan persembahan yang lancar. Pelajar-pelajar yang lain pula terus mengeletar dan gugup, kemudiannya berpaling kepada pelajar yang berbakat, meminta bantuan, kerana apa? Kerana mereka kekal dengan mindset yang lama, bukan kerana penampilan mereka, wang ringgit ataupun kedudukan.

5 comments:

  1. i likeee itt :) thanks .

    ReplyDelete
  2. thnks 4 that advice

    ReplyDelete
  3. Wow.. deep. Btw insyaallah I will improve my skill. Yup change our mindset

    ReplyDelete
  4. Thank you very much for this advice!❤ I just wanted to change myself from quiet student to'unique' student!This also motivate me to be more brave than to be more scared...I wanted to change myself from '1st century' type to '21st century' type!≧∇≦��

    ReplyDelete