Mengenai Blog Ini

Assalamualaikum semua,

Disebabkan blog ini mendapat tarikan yang agak ramai sejak kebelakangan ini, saya rasa saya patut menceritakan bagaimanakan bermulanya blog ini. Sebenarnya, blog ni bermula dari diari saya. Lebih kurang pada tahun 2009 dan 2010, saya ada menyimpan diari. Atau mungkin lebih kepada jurnal, kerana konsepnya saya tulis apa yang saya nak tulis, termasuklah artikel-artikel seperti ini. Sudah menjadi tabiat saya untuk print post yang saya rasa menarik dan edarkan kepada rakan-rakan saya. Kenapa? Saya pun tak pasti. Disebabkan itu, saya rasa wajar post kan pula diari saya di internet. Jurnal saya, secara keseluruhannya saya post pada satu blog yang dirahsiakan namanya. Kenapa dirahsiakan? Kerana saya menceritakan segalanya di sana, tidak ada 'tapisan' melainkan menukar nama rakan-rakan saya. Post pembentangan ini pula saya letakkan di blog yang lain (blog ini) kerana saya rasa ada baiknya mengkategorikan post yang berkaitan dengan pembentangan dalam satu blog. Selepas lebih kurang setahun saya post, saya check balik blog-blog lama. Saya tak check blog lama tersebut kerana saya tukar account saya dari yahoo mail kepada gmail. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati blog ini mendapat pageview yang agak banyak. Oleh sebab itu, saya pun mula untuk update post-post di sini sampai mana saya rasa cukup. Saya tidak mempunyai perancangan untuk menambah apa-apa artikel di blog ini lagi.

Kemudian pada tahun ini (2013), jumlah pengunjung di blog ini meningkat dengan agak ketara. Disebabkan itu, saya menulis page ini untuk menerangkan bagaimana blog ini boleh wujud, dan saya harap anda semua menganggap artikel di blog ini hanya sebagai pendapat saya. Saya tidak boleh mengatakan bahawa artikel di sini bagus atau tidak. Malahan saya sendiri rasa agak kagum dan tertarik dengan apa yang saya tulis 4 tahun lepas ini. Sebab itulah saya rasa saya patut letakkan artikel ini dalam blognya sendiri. Jadi saya harap anda semua faham bagaimana blog ini boleh wujud. Semoga anda mendapat manfaat dari blog ini. Sebarang pertanyaan komen dan sebagainya, anda boleh menghubungi saya menerusi e-mail saya.

Yang hanya menulis,
    Muhd Amirul Ashraf bin Mohd Fauzi (asdacap@gmail.com) website : saya.asdacap.com

No comments:

Post a Comment